Paru-paru Bocor, Batuk Darah Akibat Hisap VAPE

Paru-paru Bocor, Batuk Darah Akibat Hisap VAPE
Paru-paru Bocor, Batuk Darah Akibat Hisap VAPE

Paru-paru Bocor, Batuk Darah Akibat Hisap VAPE – Sejak mula diperkenalkan VAPE kepada orang awam, rokok elektronik atau vape dikatakan mampu menghapuskan ketagihan terhadap rokok tembakau. Walaupun tiada kajian ilmiah tepat, sebahagian besar penggemarnya mendakwa vape tiada kesan kepada kesihatan seperti rokok yang dipenuhi nikotin dan bahan toksid lain. Hakikatnya, semakin ramai penghisap VAPE mula mengalami masalah kesihatan kronik seperti serangan jantung, risiko barah dan popcorn lung (bronchiolitis obliterans).

22 OKTOBER 2019

Terbaru, seorang wanita telah berkongsi kejadian melihatkan suaminya yang batuk berdarah akibat terlalu kerap menghisap vape.Dikongsikan cerita ini dengan izin suami saya. Dua minggu kahak berdarah on off akhirnya dapat jawaban. Yang, beserta gambar. Ya ALLAH darah, hati ini tak tenang dah dok office, terus minta balik sebab suami batuk kahak berdarah. Bawa motor laju teramat tak ingat dunia dah, dok risau. Balik tengok dia okay, tak ada apa just kahak berdarah. Terus pergi ke kecemasan, x-ray memang tak berapa cantik ada kabus-kabus di bahagian peparu. Test kahak doktor ambil resultnya negative. Balik dibekalkan dengan ubat batuk and berhenti darah sahaja. Hati ini tetap tak puas hati dengan result yang diberi doktor, macam ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

26 OKTOBER 2019

Selepas buat CT scan, doktor beritahu keputusan menunjukkan 90% Tibi, 10% kanser. Ya Allah sekali lagi menangis dengar keputusan, hati ini tak tahu nak kata apa dah. Tak tenang dibuatnya. Doktor mula beri ubat tibi warded seminggu dipantau dalam isolation room. Tak boleh dilawat oleh orang luar, family terdekat pun nak masuk kena pakai mask N95. Sepanjang di wad, Nana ikhtiar segala macam macam untuk suami kembali sihat. Alhamdulillah berkat doa mak, ayah, mama, opah dan semua yang mendoakan, suami dibenarkan discharge pada 30/10/2019 and teruskan temujanji di Hospital Tapah. Alhamdulillah.

DICHARGE PULMONARY TUBERCULOUS AND CONTINUE TB TREATMENT

KENAPA KEPUTUSANNYA TIBI?

Ini penjelasan dari doktor pakar yang merawat suami. Ada dua kemungkinan:

Dalam badan manusia memang ada sel tibi cumanya tak aktif. Bila kuman tibi tu akan aktif? Apabila kita dikelilingi/didekati oleh pesakit tibi (+ve). Kita mudah untuk dijangkiti tibi. Satu lagi apabila peparu kita lembab ia akan aktifkan kuman tibi itu, malah lebih teruk boleh menyebabkan peparu kita bocor sebab kuman itu aktif.

MACAM MANA BOLEH TERJADINYA PEPARU LEMBAB?

Penghisap vape sekalian, asap yang kamu semua semburkan itu berbentuk wap air yang berperisa. Banyak flavors, betul? Sedap sungguh, kan? Tetapi risikonya asap yang disebur itu akan menjadi wap air bila kita terhidu ia akan menyebabkan peparu kita lembab. Sebab itulah kuman tibi akan diaktif, sebab peparu kita lembab. Seumpama eksperimen Sains darjah 6 dulu, ambil tisu basahkan untuk tanam kacang hijau? Kacang hijau itu membesar tak? Besarkan. BERINGATLAH.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*